Polis dedah, bapa tiri 'adik Amir' pernah didakwa atas kesalahan cederakan isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih lagi terkesan di hati orang ramai akan penemuan mayat kanak-kanak berusia 7 tahun yang ditemui di dalam tong air di kediaman di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah Melaka, Jumaat lalu.



Walaupun jenazah Zubaidi Amir Qusyairy telah selamat dikebumikan, bagaimanapun pihak polis masih lagi melakukan siasatan berhubungan kes berkenaan.



Menerusi laporan Kosmo! Online, suspek yang juga bapa tiri kepada adik Amir dipercayai pernah didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan memukul isterinya, pada 8 September 2020.



Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali dengan menyatakan suspek lelaki iaitu bapa tiri mangsa pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas kesalahan memukul isterinya.

“Kita mengesahkan suspek lelaki iaitu bapa tiri mangsa pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas kesalahan memukul isterinya.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes ini,” katanya ringkas.

Menurut sumber, dalam pendakwaan tersebut, suspek berusia 38 tahun terbabit dihadapkan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, yang ketika itu berusia 31 tahun dengan cara memukul bahagian pipi kanan menggunakan tangan.



Kesalahan itu dilakukan suspek di dalam sebuah rumah di Jalan KJ19 Taman Krubong Jaya dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 3 September lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.



Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu dan bapa tirinya.

Kematian mangsa telah dilaporkan oleh bapa tirinya kepada pihak polis, namun mendakwa kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat lemas di dalam tong air setinggi 0.6 meter di rumah mereka, kira-kira pukul 4 petang.

Namun, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan pemeriksaan lanjut pada fizikal badannya terdapat kesan lebam serta kecederaan.

Kini, kedua-dua ibu dan bapa tiri mangsa berusia 32 dan 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen