Hidup mewah dengan jual besi buruk, remaja 18 tahun kantoi edar dadah

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkerja sebagai penjual besi buruk namun memiliki kehidupan yang mewah akhirnya terbongkar apabila remaja berusia 18 tahun bersama bapa ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah.

Difahamkan dua beranak yang masing-masing berusia 18 tahun dan 60 tahun mengamalkan gaya hidup mewah antaranya remaja berkenaan memiliki sebuah kereta model BWM 630i M-Sport dua pintu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar berkata, remaja itu dan bapanya antara lima individu yang ditahan polis pada Rabu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan mengedar dadah.

Turut ditahan tiga lagi suspek yang dipercayai rakan kepada dua beranak ini dalam kegiatan tersebut dan masing-masing berusia 22, 25 serta 28 tahun.

"Dua serbuan berasingan dilakukan oleh pasukan Narkotik Kelantan dengan dibantu polis Tanah Merah pada jam 3.45 petang dan 4.30 petang,” katanya.

Difahamkan dalam serbuan pertama, polis terlebih dahulu menahan tiga ahli kumpulan itu yang berada di tepi jalan di Kampung Tok Che Dol, Tanah Merah dan mendapati seorang daripada suspek menggenggam empat paket plastik dipercayai berisi 800 pil kuda dianggarkan bernilai RM8,000.


Bagaimanapun sejam selepas itu, polis menyerbu pula sebuah rumah di alamat RPK Gual Ipoh, Tanah Merah dan menahan remaja tersebut bersama bapanya.

“Mereka membawa polis ke satu kawasan semak berhampiran iaitu tempat menyembunyikan botol mengandungi dadah dipercayai pil kuda, syabu dan heroin dianggarkan bernilai RM112,000,” jelasnyanya.

Sehubungan itu, kereta mewah yang dimiliki itu dipercayai hasil kegiatan jual beli dadah kumpulan tersebut yang aktif di sekitar daerah Tanah Merah sejak awal tahun lalu.

“Selainnya, polis juga menyita lima motosikal pelbagai jenis, dua kereta iaitu jenis Proton Satria dan Perodua MyVi serta wang tunai RM829.

“Jumlah sitaan bernilai RM 203,829 manakala rampasan dadah berjumlah RM120,000 menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM RM323,829,” katanya.

Beliau berkata, ujian urin tiga suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala dua beranak tersebut pula negatif dan kesemua mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

“Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula pada Khamis sehingga Rabu depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” tambahnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen