Pilih bulan madu di rumah, gambar prewedding Hariss & Intan sweet sangat

Oleh: Zuzu Yasmine

Selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati kira-kira jam 10 pagi tadi di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur, penyanyi dan pelakon Harris Alif meluahkan rasa syukur apabila pelakon Intan Ladyana sah menjadi isterinya.



Meskipun awal sehari daripada tarikh yang dirancang, Harris lega apabila semuanya berjalan dengan lancar terutama dalam tempoh ini.

“Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana dah selesai nikah walaupun umum kita tahu sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) susah nak buat majlis,” ujar Harris dalam satu sesi sedang media secara virtual usai majlis berlangsung.

Ditanya mengenai bulan madu, pasangan ini akur dengan keadaan sekarang dan memilih menangguhkan percutian bulan madu buat masa sekarang.

“Perasaan tentunya terasa sikit namun kena biasakan dengan norma baharu ini. Bila keadaan kembali seperti sedia kala barulah rancang untuk pergi, jadi buat masa ini duduk sahajalah di rumah,” kata Harris.

Sehubungan dengan itu, melihat akaun Instagram Jurugambar rasmi Fillea Studio, terdapat beberapa keping foto ‘pre-wedding’ pasangan sejoli ini yang dikongsi buat peminat mereka.



Memilih busana berwarna ‘off white’ hasil rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat, sememangnya menaikkan lagi seri pengantin diwajah pelakon drama Bourganvilla ini.



Pasangan ini terlihat sangat sepadan bersama, malah Intan Ladyana juga tampil dengan sedikit kelainan apabila memakai sut berwarna putih dan memegang asap di sesi ‘photoshoot’ berkenaan.

 


Posting berkenaan telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari warganet yang rata-rata memuji akan kecantikan Intan dan keserasian pasangan ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen