Pandemik Covid-19 diramalkan bakal berakhir tujuh tahun lagi?

Memasuki bulan kedua pada tahun 2021, wabak Covid-19 masih belum menjumpai jalan penamatnya bukan sahaja di Malaysia malahan juga negara yang lainnya.

Menjawab kepada persoalan orang ramai sejauh mana tempoh yang perlu diambil untuk wabak ini berakhir, negara kita masih belum menemui jawapannya tetapi menurut laporan yang dikongsikan oleh Sinar Harian hari ini dapat kita menganalisa kepakaran warga New York menganggarkan perkara tersebut.

Melancarkan program vaksinasi

Satu pangkalan data terbesar Covid-19 yang direka Bloomberg menunjukkan jawapan tersebut boleh diperoleh dengan cara mengukur tahao program vaksinasi yang sedang dilancarkan di kebanyakan negara dan lebih 119.8 juta dos suntikan telah diberikan sehingga awal Februari 2021.

Sehubungan dengan perkara tersebut, analisis baharu berdasarkan program vaksinasi tersebut meramalkan pandemik tersebut akan berlarutan untuk tempoh tujuh tahun lagi sebelum mencapai sasaran imuniti kelompok.

Bergantung pada vaksinasi sedia ada

Walau bagaimanapun, menurut mereka lagi ia turut bergantung kepada keberkesanan vaksin sedia ada untuk mencegah virus bermutasi yang dikesan di Afrika Selatan, Brazil dan United Kingdom(UK).

Setakat ini lebih 4.5 juta suntikan dos vaksin telah diberikan kepada lebih 67 negara setiap hari dengan  menyaksikan lebih 119 juta dos suntikan.

Namun menurut Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci menganggarkan kehidupan akan kembali normal jika program vaksinasi meliputi 70 hingga 85 peratus populasi dunia.

Tingkatkan pengeluaran vaksin secara dramatik

Berikutan jumlah individu yang diberikan dos suntikan vaksin sudah mengatasi angka jangkitan global dan lebih tiga perempat daripada dos vaksin, maka dengan Ketua Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa penghasil vaksin supaya meningkatkan pengeluaran secara dramatik.

"Hampir 130 negara dengan 2.5 bilion penduduk masih belum diberikan suntikan dos pertama."

-Dr Tedros-

[adsens_code slot="7107598670"]

Penghasilan vaksin semasa

Tambahnya lagi, kira-kira 10 vaksin berbeza telah diberi kelulusan untuk kegunaan kecemasan di seluruh dunia manakala sebanyak 175 vaksin yang berpotensi dalam fasa penghasilan praklinikal.

Sehingga hari ini, seluruh negara masih bergelut dengan pandemik ini sehingga menyebabkan kebanyakan negara perlu di lockdown untuk tempoh waktu yang tertentu. Hal ini tidak lain hanyalah bertujuan bagi membendung penularan wabak tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen