Janji hantar barang pelanggan secepatnya, para pekerja J&T memohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas tular akan video para perkerja syarikat perkhidmatan penghantaran barang J&T didakwa membaling parcel milik pembeli di media sosial, banyak reaksi yang kurang enak diterima mereka.

Menerusi video yang tular itu telah memaparkan para perkeja J&T membaling barang-barang ditempat pengumpulan selepas dikatakan mempunyai masalah dengan pihak pengurusan.

Mohon maaf atas keterlanjuran

Berikutan itu, para perkerja yang melakukan tindakan itu telah tampil memohon maaf atas keterlanjuran mereka.

Dalam video yang dikongsikan itu para perkerja yang terlibat dikatakan meminta maaf kerana telah menjejaskan nama baik syarikat serta merosakkan barang-barang dari pengguna kurier tersebut seperti yang tular sebelum ini.

Selain itu, mereka juga turut menjelaskan bahawa pekerja mogok dan tentang komisen adalah tidak benar.



Disamping itu, para pekerja juga turut berjanji akan menghantar barang pesanan pelanggan secepat mungkin.

Tampil jelaskan keadaan

Dalam pada itu, pihak J&T Malaysia turut mengeluarkan surat pemohonan maaf secara bertulis dan dimuat naik di media sosial mereka.

Mereka juga dikatakan menerangkan beberapa isu yang tular sejak beberapa hari lalu bagi kefahaman pengguna kurier tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen