"Ada percampuran bahan ikan dan daging babi..." - Kilang makanan sejuk beku diserbu

Oleh: Zuzu Yasmine

Jijik dan meloyakan apabila lipas dan najis tikus ditemui di sebuah kilang bebola ikan dan daging ketika diserbu anggota Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di Lorong Bertam Indah di sini hari ini.

Difahamkan, kilang tersebut telah beroperasi selama sejak 50 tahun lalu itu tidak mengikut piawaian ditetapkan malah keadaannya terlalu kotor.



Menerusi laporan Harian Metro, kilang berkenaan berulang-kali beritahu akan ditutup kerana sudah bankrap bagi mengelakkan dikenakan tidakan berikutan premis tersebut menjijikkan.

Dalam serbuan 10 pagi tadi, pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kilang berkenaan begitu menjijikkan apabila memproses makanan dengan meletakkannya di atas lantai hingga menyebabkan ia dihurung lalat dan lipas selain terdapat tahi tikus yang dijumpai di celah-celah peralatan yang digunakan.



Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata, walaupun produk berkenaan dipasarkan kepada bukan Islam, namun pihaknya mengutamakan aspek kebersihan supaya tidak berlaku keracunan makanan.

"Tahun lalu, kita sudah memberi amaran dan nasihat kepada pemilik kilang ini, tetapi tidak diendahkan selain tiada sebarang penambahbaikan dilakukan, bahkan pekerja juga tidak mengambil suntikan tifoid,” katanya selepas mengadakan operasi di kilang itu.

Selain itu, Wazir juga meluahkan rasa bimbang berikutan terdapat sesetengah produk bebola yang dikeluarkan tidak mempunyai label sekali gus akan menimbulkan kekeliruan terutama kepada pengguna muslim.

"Kita dapati terdapat percampuran pada bahan ikan dan daging babi dalam proses menghasilkan bebola, dan apa yang menjadi kekeliruan terdapat bungkusan yang tidak mempunyai label.

"Bagi produk yang mempunyai label (jenama) pula ditulis dalam tulisan Cina yang menyalahi undang-undang kerana setiap produk dikeluarkan wajib mempunyai tulisan bahasa Melayu kerana produk-produk makanan seperti ini kebiasaannya dijual di pasar basah," katanya.

Berikutan kesalahan itu, pihaknya bertindak menutup kilang terbabit selama dua minggu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selain mengeluarkan tiga notis di bawah Peraturan 32 akta sama atas kesalahan pengabaian kebersihan diri ketika mengendalikan makanan.

"Pada masa sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri juga mengambil tindakan ke atas pemilik berikutan kesalahan sukat timbang dan menyimpan minyak masak tanpa kebenaran.

"Selain itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) pula mengambil tindakan berikutan pejabat kilang itu beroperasi tanpa lesen," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen