Tak kisah berkain batik, lelaki selamba masuk pasaraya jadi perhatian ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kalau nak ke luar rumah, orang lelaki akan mengenakan pakaian yang cukup ringkas buat dirinya walaupun sekadar berseluar track suit dan berbaju tshirt ataupun mengenakan kain pelikat sekiranya ingin keluar sekejap membeli barang.



Bagaimanapun, lain pula dengan lelaki ini yang dikatakan lebih sempoi apabila keluar membeli barang keperluan dengan berkain batik yang sinonim dengan kaum wanita.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik zkacak, dia dengan selamba menyarung kain batik berwarna pink keluar pergi ke pasaraya.



Dalam video tersebut, gelagat lelaki berkenaan mencuri tumpuan ramai apabila tidak segan mengenakan kain batik dan dipadankan dengan sweater kuning sambil menolak troli serta mengangkat barang dapur ke kaunter pembayaran.



Bukan hanya orang sekeliling, tapi 'cashier' juga turut memandang penampilan lelaki berkenaan dari atas ke bawah.



Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat lelaki berkenaan yang tidak malu memakai kain batik ke pasaraya, malah turut memuji paras rupa lelaki berkenaan yang masih kekal macho walaupun berkain batik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen