Didakwa abaikan keluarga, Aiman Tino 'dikawal' kekasih?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di media sosial apabila nama penyanyi Aiman Tino, didakwa telah menghilangkan diri daripada keluarga.




Perkara tersebut dikongsikan oleh ibunya Hazelina Mat Jalil yang memuat naik beberapa posting dipercayai ditujukan kepada anaknya walaupun tidak menyebut nama penyanyi itu.

Tak dapat dihubungi?

Menerusi laporan Mstar, Hazelina dikatakan telah memuat naik beberapa posting di Instagram dengan meminta agar anaknya kembali ke pangkuan keluarga.



Dalam pada itu, Hazelina juga mendakwa penyanyi lagu Ku Rela Di Benci itu gagal dihubungi hingga mengganggu urusan berkaitan kariernya.



Hazelina juga meminta Aiman tampil dan membuat pengumuman andai sudah tidak mahu menjadi artis agar tidak menyusahkan orang lain.



Ibunya juga turut mendakwa bahawa penyanyi tersebut telah dikongkong oleh seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

Namun begitu, posting tersebut sempat ditanda suka oleh Aiman Tino yang sudah dipadam dan tiada lagi di Instagram ibu kepada penyanyi itu.

Seakan beri amaran?

Sehubungan itu, Hazelina juga turut memuat naik status seakan amaran kepada seseorang wanita yang dipercayai kekasih Aiman.



Bagaimanapun, masih belum ada penjelasan daripada kedua-dua pihak dan diharapkan kemelut antara ibu dan anak ini segera berakhir.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen