7 tahun menanti rezeki anak, suami isteri pilih nama ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’ tanda rasa bersyukur

Oleh: Zuzu Yasmine

Tujuh tahun menunggu cahaya mata, pasangan suami isteri meluahkan rasa syukur dengan memberi nama unik pada bayi mereka iaitu ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’.



Menurut laporan Detik News, DiDit Saputro, 39 serta isteri Meidiana, 25 dari Bantul, Indonesia menyatakan mereka berkahwin pada tahun 2012 namun baru diberi rezeki anak pada September 2019.

“Kami menunggu selama tujuh tahun sejak pernikahan pada tahun 2012, tetapi Alhamdulillah kami diberi rezeki bayi lelaki pada 7 September 2019,” luahnya.



Berkerja sebagai jurugambar profesional, dia memberitahu bahawa isterinya telah menjalani kaedah rawatan kesuburan di hospital termasuk rawatan alternatif seperti perubatan tradisional.

"Semasa dalam usaha mendapatkan anak, isteri ditimpa kemalangan motosikal pada 2018 hingga mengalami patah tulang kaki.

"Kerana isteri enggan menjalani pembedahan, kami memilih rawatan tradisional di Borobudur. Tukang urut memberitahu isteri mengalami masalah saraf dan sukar untuk hamil. Isteri perlu menjalani rawatan sehingga November 2018. Akhirnya pada Februari 2019, kami mendapat berita gembira apabila isteri disahkan hamil dua bulan.

"Ya, saya benar-benar tidak menjangkakannya, semua yang berlaku kerana izin dari Allah SWT," katanya.

Terdahulu, keunikan nama bayi itu menjadi bualan hangat masyarakat termasuk warga maya selepas kad pengenalan diri bayi tersebut tular.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen