Orang ramai dibenarkan 'dine in' di kedai makan dengan bersyarat mulai esok

Hari ini bersamaan dengan 9 Februari, telah berlangsungnya sidang media untuk kesekian kalinya oleh Menteri Pertahanan (Kluster Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan dengan perubahan semasa yang berkaitan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Banyak pindaan SOP yang dilakukan susulan perkembangan semasa kes Covid-19 ini sehingga menyebabkan ramai yang terkesan dengan pindaan tersebut terutamanya kepada para peniaga.

 

'Dine In' dibenarkan dengan bersyarat

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan premis kedai makan dibuka bagi pelanggan yang ingin 'dine in' sebaliknya pengoperasian mereka perlulah secara 'take away' ataupun secara pandu lalu.

Susulan peningkatan kes baharu yang mencanak naik menyebabkan keputusan itu dibuat.

 

Namun setelah mempertimbangkan semula isu tersebut, kerajaan telah bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada pemilik premis perniagaan bagi membenarkan pelanggan untuk 'dine in' di kedai makan dengan menghadkan hanya dua orang sahaja untuk satu meja.

Tambah Dato' Serik Ismail Sabri lagi, kelonggaran itu akan mula berkuatkuasa mulai esok iaitu 10 Februari 2021.

Buka semula baki sektor perniagaan

Selain itu, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan dalam ucapan beliau berkenaan dengan pembukaan semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen