"Alhamdulillah, kes cerai berjalan dengan lancar..." - Zarina Anjoulie sah bercerai

Oleh: Zuzu Yasmine

Hujung bulan lepas, selebriti yang terkenal dengan lantang bersuara, Zarina Anjoulie Lavocah telah memaklumkan bahawa dirinya sudah bercerai di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, selebriti yang mesra dengan panggilan Anju ini memaklumkan bahawa hari tersebut hari adalah hari paling bahagia malah sempat sempat mengucapkan rasa terima kasih kepada suaminya Eilyas Azhar.



Terbaru, Anju telah memuat naik satu rakaman video yang dengan berpakaian serba hitam dipercayai baru sahaja selesai akan urusan penceraiannya.



Menerusi video tersebut, Anju juga turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan telah selesai berterima kasih kepada bekas suaminya yang memudahkan urusan.

Di samping itu juga, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi kata-kata semangat buat dirinya.




Dalam pada itu, Anju juga turut menyatakan sedikit rasa sedih dan terkilan kerana tidak sempat bertemu buat kali terakhir dengan bekas suaminya.

“Cuma sedih sikit tak dapat cakap bye kat yas tadi,” kongsinya.

Sehubungan dengan itu, warganet membanjir ruangan komen tersebut dengan kata-kata semangat kepada Anju malah berharap agar selebriti tersebut terus kuat.

Terdahulu, Anju dan Yas telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan sekitar Julai tahun 2020, bagaimanapun usia perkahwinan hanya mampu bertahan sekitar 6 bulan sahaja.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen