Ibu kandung & bapa tiri adik Amir didakwa bunuh anak sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek yang dipercayai didera oleh ibu bapanya sehingga meninggal dunia bulan lalu di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya. 

Hari ini, pasangan suami isteri tersebut didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu sehingga menyebabkan kematian.



Menerusi laporam BH Online, tertuduh Mohd Fadzli Abdull Razak dan isterinya Zuraida Atan didakwa di dua mahkamah berasingan atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan mendera.



Mengikut pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.



Sabit kesalahan mengikut seksyen itu, tertuduh yang juga ibu kandung dan bapa tiri mangsa boleh dihukum mati.



Selain itu, pasangan suami isteri terbabit turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera mangsa sama dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Dakwaan itu dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.



Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu ketika dibaca di hadapan Hakim Nariman selain tidak membenarkan sebarang jaminan.

Tertuduh lelaki diwakili peguam, Datuk Ahmad Musthafi Mohamad dan Muhammad Firdaus Abd Razak manakala tertuduh wanita pula dibarisi peguam Zamri Idrus, Ishak Mohd Kari, Yusman Che Aman dan Saifuzzaman Ab Rahman.

Difahamkan, kedua-kedua kes tersebut akan disebut semula pada 29 Mac depan sementara menunggu laporan bedah siasat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen