Elak bayar kompaun, orang ramai dinasihat jangan cantum meja sewaktu 'dine in'

Melalui sidang media oleh Menteri Pertahanan (Kluster Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah dimaklumkan bahawa semua pemilik premis kedai makan diberikan kelonggaran dengan membenarkan orang ramai makan di kedai tetapi secara bersyarat.

Kenyataan itu melegakan hampir kesemua pemilik kedai makan setelah sekian lama orang ramai hanya dibenarkan untuk bungkus dan makan di rumah sahaja.

Pemantaun rapi oleh pihak berkuasa

Sejajar dengan pindaan tersebut, pihak polis tidak sekadar berdiam diri sebaliknya mereka masih perlu bergerak untuk melakukan pemantaun terhadap premis-premis sekiranya berlaku situasi mencantumkan meja pada satu masa.

Menurut kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, tindakan mencantumkan meja melebihi dua orang seperti yang ditetapkan boleh dikompaun kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP).

Sentiasa patuh SOP

Di samping itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dua pelanggan setiap satu meja.

"Saya beri amaran bahawa polis akan bertindak tegas dengan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati ada pelanggan yang mencantumkan meja."

"Patuhi SOP termasuk mengisi maklumat dan melakukan pemeriksaan suhu badan sebaik masuk premis."

-Mohamad Noor Yusuf Ali-

Premis yang jadi tumpuan pihak polis

Namun begitu, beliau turut menegaskan bahawa terdapat dua tempat yang menjadi tumpuan pihak polis dan akan mempertingkatkan pemantaun susulan sambutan Tahun Baru Cina iaitu kedai emas dan juga bank.

 

"Ini kerana dua premis berkenaan menjadi sasaran penjenayah. Sebanyak 15 pasukan unit kereta peronda (MPV) ditugaskan melakukan pemantaun SOP di daerah ini secara berkala."

-Mohamad Noor Yusuf Ali-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen