Gelaran 'Datuk' pelakon Farid Kamil & Boy Iman ditarik semula

Hari ini, satu pengumuman telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang bahawasanya gelaran Datuk yang dikurniakan kepada pelakon, Farid Kamil Zahari dan juga penerbit,Noruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman telah ditarik balik dan dibatalkan.

Menjunjung perintah Sultan Pahang

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, tarikh surat penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dikurniakan kepada Farid Kamil dan Boy Iman berkuatkuasa pada 1 Februari yang lalu.

Tambahnya lagi, keputusan itu dibuat sebagai menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

"Dengan ini dimaklumkan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta merta."

"Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini."

"Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang."

Rekod tatusila dibentang

Terdahulu Farid Kamil telah dikurniakan gelaran Datuk bersempena dengan Keputeraan Sultan Ahmad Shah pada tahun 2017.

Namun begitu, pada Jun tahun lalu, pelakon itu dihukum penjara selama 13 bulan kerana didapati menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap anggota polis.

Manakal Boy Iman pula didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majisterit pada 6 Januari lalu kerana gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjumlah RM12,000 tiga tahun lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen