Genap setahun usia pemergian arwah Abam. Fad dan Achey akui rindu pada arwah

Pejam celik sudah genap setahun usia pemergian pelawak tanah air, Abam pergi meninggalkan kita semua. Pemergiannya yang secara mengejut pada 10 Februari tahun lalu memberi satu kejutan buat semua yang mengenalinya.

Rindu ini tak pernah berubah

Fad yang amat rapat dengan arwah Abam iaitu sejak dari bangku sekolah lagi tidak dapat menyembunyikan lagi rasa rindunya terhadap arwah. Dia telah memuat naik gambar baju arwah Abam beserta dengan kapsyen ringkas.

Genap setahun, Al-fatihah

Selain Fad, Achey turut melakukan hal yang sama. Pelawak itu telah memuat naik video momen-momen ahli kumpulan mereka sewaktu ketika dahulu.

Benarlah bahawa merindui orang yang tiada itu lebih sakit rasanya kerana rasa rindu itu tak mampu untuk diluahkan dengan kata lebih-lebih lagi kehilangan insan yang paling rapat dengan kita.

Meskipun sudah memasuki setahun pemergian arwah Abam tetapi kenangan yang mereka ukir bersama ternyata masih segar dalam sanubari dua orang rakannya ini iaitu Fad dan juga Achey.

Terdahulu, Abam mengalami demam panas selama dua hari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan isteri tercinta, Nor Hidayah.

Arwah Abam turut meninggalkan seorang anak lelaki hasil perkahwinannya dan telah diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia dua tahun

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen