Tindakan Erma Fatima guna cara 'paksaan' suruh pekerja solat dipuji

Gelaran Mak Cun terdahulu pernah terkenal dalam kalangan penonton. Mak Cun atau lebih mesra dengan nama Erma Fatima merupakan seorang pelakon dan pengarah yang hebat. Selain sikapnya yang tegas di dalam kerja dia juga kelihatannya sangat tegas dalam memantau pekerjanya menunaikan solat fardhu.

Baru-baru ini pengarah tersebut telah memuat naik video pendek yang dirakam olehnya sendiri tentang keadaan pekerja-pekerjanya yang sedang leka membuat kerja dalam pejabat.

Video yang dirakam secara spontan itu benar-benar membuatkan pekerjanya terkedu dan mulai bergegas mempersiapkan diri untuk solat.

"Bila nak jadi imam?"

"Esoklah"

"Kalau esok mati kau boleh 'kawtim' dengan tuhan?"

'Terbaik bos sebagai contoh kepada majikan lain'

Video tersebut telah meninggalkan pelbagai komen oleh pengikutnya di laman Instagram. Rata-ratanya cukup kagum dengan tindakan yang dilakukan oleh Erma Fatima terhadap kebajikan pekerja-pekerjanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen