Gara-gara tak nak berenggang, bapa 'releks' masak sambil dukung anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Tugas menjaga anak bukan terletak pada ibu sahaja tetapi juga pada bapa, bagaimanapun biasanya anak sememangnya lebih selesa dengan ibu sebab itulah mereka sentiasa memilih ibu.

Namun, biasanya apabila ibu terpaksa keluar sebentar bagi menguruskan sesuatu, masa itulah bapa akan mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menguruskan hal anak-anak.



Perkara sebegini tentunya akan membuat bapa panik, terutama jika anak itu masih lagi kecil dan sukar berpisah dengan ibunya.



Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok qikhwanwan, memaparkan seorang lelaki bersama anak lelaki sedang sibuk memasak di dapur.



Difahamkan bapa muda ini apabila terpaksa mengambil alih tugas isterinya yang belum pulang kerja.



Menurutnya, anak mereka tidak mahu duduk jadi dia telah mengambil keputusan untuk menggendong anak sambil memasak bagi memudah kerja sementara menunggu isterinya pulang dari kerja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan lelaki berkenaan kerana membantu memudahkan tugas isteri selain meminta agar dirinya berhati-hati ketika memasak kerana bimbang anak terkena percikan minyak panas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen