Gagal patuh SOP di kedai makan, lima individu termasuk dua selebriti dikompaun RM1,000

Semalam merupakan cuti umum sempena menyambut hari perayaan Tahun Baru Cina, jadi tidak mustahil jika ada dalam kalangan kita yang memanfaatkan masa cuti dengan keluar makan dan sebagainya. 

Tambahan pula, kerajaan telah pun membenarkan orang ramai untuk makan di premis dengan syarat hanya dua orang satu meja.

Namun, masih ada lagi yang ingkar dan semalam lima individu telah pun dikenakan kompaun gara-gara gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP) yang telah ditetapkan.

Shuib dan isteri antara yang dikenakan kompaun

Menurut sumber didapati sepasang suami isteri yang kedua-duanya merupakan selebriti yang dikenali juga antara lima individu yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

Selebriti tersebut adalah Shahmira Mohamad atau lebih dikenali sebagai Shuib dan juga isterinya Siti Sarah Raissudin.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah kedai makan di Lipis, Pahang itu berlaku kira-kira jam 9 malam dan difahamkan mereka dalam perjalanan ke Kelantan dan singgah sebentar di kedai makan sebelum kembali menyambung perjalanan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen