Tiada sahutan bila nama dipanggil, warga emas ditemui meninggal dunia di atas pokok

Benarlah bahawa tiada siapapun yang tahu bila ajal itu akan datang berkunjung dan bagaiman pula dengan pengkahiran hidup kita suatu masa nanti.

Hari ini, telah berlakunya satu kejadian yang melibatkan seorang warga emas berusia 62 tahun menemui ajalnya di atas pokok di Taman Sri Ayu, Tanjong Mas, Pengkalan Chepa.

Tiada tindak balas

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Rosli Muhammad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 lagi.

"Ketika kejadian mangsa baru memanjat pokok sebelum memulakan kerja menebang pokok, namun dua rakannya yang berada di bawah melihat mangsa tidak sedarkan diri."

-Rosli Muhammad-

Panggilan tidak disahut

Melalui cerita dua orang lagi rakannya yang berada dia tempat kejadian mereka cuba memanggil mangsa beberapa kali namun tiada sahutan sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak bomba.

Menurut satu sumber, mereka bertiga telah diupah untuk menebang pokok di sebuah rumah. Namun, salah seorang rakannya yang sedang melakukan kerja-kerja penebangan dipercayai tidak sedarkan diri apabila tiada sebarang sahutan sewaktu namanya dipanggil.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak polis pula untuk tindakan susulan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen