Pernah kena marah dengan mak kerusi dapur asyik hilang, pemuda terharu tiba-tiba keluarga bagi kejutan

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Begitulah frasa yang selalu kita dengar tentang kasih sayang ibu bapa yang tiada sempadan untuk anak-anak.

Tersentuh rasanya hati tatkala mengetahui betapa besarnya pengorbanan ibu bapa ini. Sanggup berhempas pulas tulang empat kerat mereka bagi memenuhi keperluan anak walaupun tidak diminta.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh seorang pemuda yang bernama Elham di akaun Tiktok miliknya yang memaparkan detik-detik saat ayahnya membuat kejutan untuknya yang pada ketika itu sedang asyik bermain permainan video PUBG.

Niat dah ada cuma belum kesampaian

Menurut pemuda yang berusia 24 tahun itu, dia mengakui bahawa dia memang seorang yang gilakan permainan video PUBG dan menurutnya lagi baru-baru ini dia sudahpun membeli beberapa kelengkapan seperti meja dan keyboard secara atas talian tetapi niat nak beli kerusi game itu masih dalam tinjauan.

Justeru itu, dia memilih untuk gunakan kerusi dari meja di dapur sahaja.

Mak bising kerusi asyik hilang

Menerusi tindakannya yang suka ambil kerusi dari dapur tiba-tiba membuatkan emaknya kerap bising kerana kerusi asyik hilang.

Walau bagaimanapun, Elham memungkinkan bahawa kerusi tersebut dibeli atas cadangan emak secara dalam talian (online) dengan dibantu oleh abangnya.

Terharu dapat kejutan

Siapa sahaja yang tak seronok bila dapat hadiah lebih-lebih lagi bila hadiah tersebut merupakan antara barang yang kita ingin miliki.

Begitulah perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh Elham selepas menerima hadiah daripada ayahnya.

"Memang tak sangka ayah buat kejutan. Walaupun saya tahu ayah begitu sayangkan anak-anak dia, tapi saya terharu sangat. Dapat kerusi game memang teruja!"

-Elham-

Pesan ayah buat anak

Dalam kegembiraan anaknya, ayah Elham turut menitipkan pesan buat anak lelakinya itu supaya tidak terlalu leka dengan permainan video kesukaannya dan tidak meninggalkan solat.

"Ayah kata main game, main game juga tapi jangan tinggal solat. Ayah juga pastikan anak-anaknya selalu baca al-Quran."
-Elham-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen