Majlis akad nikah di Kelantan membenarkan kehadiran tetamu lebih dari sebelum ini

Semenjak pelaksanaan PKP 2.0, banyak agenda penting yang terpaksa ditangguh apabila ia melibatkan kehadiran orang ramai dan itu termasuklah majlis perkahwinan.

Namun, ada suatu ketika kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan orang ramai bernikah dan membuat majlis dengan syarat sentiasa mematuhi SOP tetapi masih ada segelintir yang tetap berdegil sehingga wujud kluster baru yang berpunca daripada kehadiran orang ramai di majlis keramaian itu.

Melihat peningkatan kes yang semakin tak keruan membuatkan kerajaan menarik semula keputusannya untuk tidak membenarkan sebarang majlis melibatkan orang ramai dilakukan dan maka dengan itu mulalah wujud pernikahan secara atas talian (online) dan kebanyakan negeri masih melakukan upacara pernikahan secara atas talian juga dengan bersyarat iaitu sangat menghadkan individu yang terlibat.

Kelantan beri kelonggaran

Walau bagaimanapun, berita gembira di Kelantan apabila telah diumumkan bahawa negeri itu akan memberi kelonggaran dengan membenarkan majlis akad nikah dengan menghadkan kehadiran 20 individu sahaja berbanding 7 orang yang sebelum ini.

"Kita putuskan beri kelonggaran 20 orang iaitu 10 sebelah pengantin perempuan dan selebihnya pengantin lelaki."

-Datuk Ahmad Yakob-

Keputusan sebulat suara

Bagi mengukuhkan lagi keputusan itu, turut diberitahu lagi bahawa keputusan yang dibuat adalah sebulat suara dan telah pun dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob.

Kenduri masih tidak dibenarkan

Walau bagaimanapun, menurut beliau lagi kenduri perkahwinan masih tidak dibenarkan buat masa ini dan perkara tersebut akan dimaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIAK)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen