PKP lama sangat, dua beradik kongsi moment mengandung serentak

Oleh: Zuzu Yasmine

Saat melalui proses kehamilan adalah moment yang paling seronok dan membahagiakan buat ibu-ibu. Tapi lebih seronok lagi kalau dalam tempoh kehamilan ada ‘geng’ yang boleh berkongsi pengalaman dan mencurah nasib.

Orang kata kehamilan ini boleh berjangkit, lebih-lebih lagi dengan orang yang paling rapat. Sama seperti dua beradik ini yang menjalani proses kehamilan pada tempoh yang sama.

Mesra dengan panggilan Syima, Instafamous dan juga pengasas produk kecantikan ini berkongsi pengalaman yang dilalui sebelum bersalin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Menerusi perkongsiannya di Instagram, Syima menyatakan bahawa kehamilan keempatnya ini serentak bersama adiknya malah umur anak mereka juga akan sebaya.



Sempat berseloroh, Syima juga menyatakan bahawa terlalu lama duduk di rumah disebabkan PKP punca ramai yang mengandung.



Dalam pada itu, ibu muda berusia 26 tahun ini juga sempat berkongsi moment melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum masuk ke ‘labour room’.

Jelasnya dia sedikit berdebar menunggu keputusan malah terpaksa menahan ‘contraction’ ketika itu. Di samping itu, Syima juga memohon doa ramai agar dipermudahkan segala urusan dirinya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen