Muka 'hitam' bertukar cerah selepas guna produk sendiri, Syatilla Melvin dikecam warganet

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi memajukan perniagaan, pelbagai usaha untuk memastikan produk yang dikeluarkan menarik perhatian pelanggan malah sekali gus melahirkan ramai pembeli.

Boleh dilihat pelbagai jenis ‘marketing’ yang dilakukan sehingga tanpa sedar melukakan hati insan lain yang melihatnya.

Perlu ke conteng muka jadi hitam?

Baru-baru ini, pelakon dan juga usahawan kosmetik, Sytilla Melvin menerima kencaman daripada warganet selepas memuat naik video yang keterlaluan dan menyinggung hati ramai.




Berdasarkan video yang dimuat naik memaparkan isteri kepada pelakon Shaheizy Sam dengan muka berwarna gelap dan bertular menjadi cerah selepas menggunakan produk yang bakal dikeluarkannya.

“Nampak ke nampak sangat wei!!! Dari muka tapak kaki ke muka kulit telur. Minggu depan kami launching!!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tak sensitif langsung

Tidak senang akan ‘content’ terbabit, warganet menyifatkan pelakon terbabit tidak menjaga sensitiviti warna kulit malah turut menyatakan bahawa itu bukan cara sesuai untuk melakukan produk.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen