Kalau dah jodoh, lelaki ikhlas pilih wanita lumpuh sebagai pasangan hidup

Oleh: Zuzu Yasmine

Kekurangan diri itu bukan satu alasan untuk bertemu jodoh. Boleh jadi, mereka yang benar-benar ikhlas sahaja yang akan nampak lebihnya diri yang dirasakan serba kurang itu.



Sudah dijanjikan setiap manusia akan hidup berpasang-pasangan, tidak kiralah apa kekurangan atau kelebihan yang dimiliki setiap orang.

Pengantin perempuan duduk di kerusi roda

Begitu juga dengan pasangan ini, kekurangan itu bukan satu alasan itu membina satu hubungan yang bahagia selamanya.



Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, pasangan pengantin yang dikenali sebagai Irfan dan Najihah ini mendapat perhatian warganet.



Berdasarkan video tersebut, pengantin perempuan difahamkan lumpuh dan hanya duduk di atas kerusi roda ketika sesi menyarung cincin.

 

Harap jadi suami terbaik

Menjengah ke Instagram Najihah, pasangan ini telah selamat bergelar suami isteri pada Jumaat yang lepas, malah pengantin perempuan berharap Irfan menjadi suami terbaik yang membimbingnya hingga ke syurga.



Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kebahagian pasangan ini malah turut berpesan kepada pengantin lelaki agar menjaga Najihah dengan sebaiknya. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan pengantin perempuan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen