"Majlis kahwin, akad nikah dan bertunang dibenarkan di negeri PKPB..." - Ismail Sabri

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan 8 negeri yang akan dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 19 Februari hingga 4 Mac depan.

Antara negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.



Menurut Ismail Sabri, majlis perkahwinan, pertunangan, akad nikah, kenduri kendara, majlis akikah, doa selamat, tahlil, dan sambutan ulang tahun, majlis hari lahir serta majlis sosial adalah dibenarkan di kawasan yang dikenakan PKPB.



Bagaimanapun, beliau juga mengatakan bahawa majlis sosial yang dianjurkan itu perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.



Katanya lagi, mesyuarat, bangkel dan seminar secara bersemuka serta persidangan dan pameran (MICE) turut dibenarkan di negeri di bawah PKPB.

“Bagi dine-in (makan di premis) turut dibenarkan mengikut keluasan meja, asalkan ada penjarakkan satu meter antara satu sama lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan bahawa kebenaran lain bagi pelaksanaan PKPB adalah sama seperti PKPB yang dilakukan pada tahun lalu, mengikut SOP yang ditetapkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen