Kerana nak duit insurans, suami sanggup tolak isteri sarat hamil dari tebing hingga maut

Oleh: Zuzu Yasmine

Rumah tangga harmoni adalah idaman setiap orang, malah memiliki suami yang sangat menyayangi seikhlas hati juga adalah keinginan setiap isteri. Bagaimanapun, tidak seperti pasangan suami isteri ini yang berlaku penuh tragis.

Menerusi laporan The Sun UK, seorang lelaki di Tukri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh isterinya dengan cara yang kejam. Difahamkan, sebelum lakukan pembunuhan lelaki terbabit sempat berswafoto bersama isterinya yang dikatakan sedang hamil tujuh bulan.

Sempat bergambar bersama sebelum tolak isteri

Menurut laporan, isterinya tidak mengesyaki apa-apa malah hanya tersenyum di dalam gambar tersebut sebelum si suami bertindak menolak isterinya jatuh dari tebing bukit.


Lelaki bernama Hakan Aysal itu telah ditangkap oleh pihak polis dan dituduh menolak isterinya, Semra Aysal, dari tebing bukit sehingga membunuh mangsa sewaktu mereka sedang bercuti di Butterfly Valley, di Bandar Mugla, tenggara Turki.



Lebih menyayat hati, isterinya yang sedang sarat hamil dikatakan telah meninggal dunia serta merta di tempat kejadian bersama bayi dalam kandungannya.

Ingin memiliki duit insurans isteri

Berdasarkan laporan, lelaki berusia 40 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut kerana niat jahatnya untuk menuntut wang insurans milik isterinya. Malah, pihak pendakwa raya menuduhnya melakukan jenayah pembunuhan dengan sengaja.

Hakan juga dipercayai telah merancang untuk membunuh isterinya demi mendapatkan wang insurans kemalangan jiwa yang bernilai sebanyak 400,000 lira Turki iaitu sebanyak RM250,000 yang dinamakan atas namanya.



Pihak pendakwa raya turut membongkarkan alasan Hakan mengajak isterinya duduk di tebing bukit selama tiga jam adalah bagi memastikan tiada orang di sekeliling mereka sebelum bertindak menolak mangsa.

Tidak hanya itu, Hakan juga dikatakan telah menuntut pembayaran insurans sebanyak TRY400,000 sebaik sahaja isterinya disahkan meninggal dunia, namun telah ditolak oleh pihak insurans setelah melakukan siasatan lanjut.

Tiada reaksi ketika tuntut mayat isteri

Dalam pada itu, menerusi wawancara video bersama saudara mangsa, Naim Yolcu memaklumkan bahawa sewaktu berkunjung ke Institut Perubatan Forensik untuk mengambil mayat isterinya, Hakan langsung tidak keluar dari keretanya.


Tidak hanya itu, reaksi Hakan juga dikatakan seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan isterinya telah meninggal dunia dan perkara itu menimbulkan kemusykilan dalam hati Naim.

“Setelah dia meninggal, kami baru mengetahui bahawa dia mempunyai tiga pinjaman yang Hakan ambil atas nama adik saya. Selain itu, Hakan adalah orang yang takut dengan ketinggian, jadi sukan ekstrem apa yang boleh dilakukan olehnya jika dia takut dengan ketinggian?” kata Naim.

Menafikan pertuduhan tersebut

Walau bagaimanapun, Hakan menafikan segala tuduhan yang mendakwa dia telah membunuh isterinya dengan mengatakan dia tidak menolak isterinya.

“Dia meminta saya untuk memberikannya telefon. Saya bangun dan kemudian mendengar isteri saya menjerit di belakang saya ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya.

“Ketika saya menoleh, dia tidak ada di sana. Saya tidak ‘tolak isteri saya’,” jelas Hakan kepada mahkamah yang menafikan pembunuhan tersebut.

Sehubungan dengan itu, perbicaraan Hakan Aysal masih diteruskan hingga ke hari ini dan belum menemui penamatnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen