Disahkan positif Covid-19 sehari sebelum pernikahan, pasangan pengantin terpaksa batalkan majlis

Malang tidak berbau apabila pasangan pengantin ini terpaksa membatalkan majlis pernikahannya setelah dia(pengantin lelaki) disahkan positif Covid-19 sehari sebelum tarikh pernikahan tersebut iaitu pada 2 Januari yang lalu walhal persiapan majlis tersebut sudah siap secara keseluruhannya.

Ekoran kejadian tersebut, Muhammad Azizi Sahril memaklumkan dia mengalami kerugian lebih RM15,000 berikutan majlis terpaksa dibatalkan.

Terpaksa berpatah balik

Sejurusnya keputusan ujian keluar dan disahkan positif Covid-19, Azizi dan keluarga yang kebetulan berada di Raub bagi persiapan majlis terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur bagi menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Selain Azizi, tunangnya dan tiga orang ahli keluarganya yang lain turut disahkan positif Covid-19 dan telahpun mendapatkan rawatan di Hospital Raub.

Bebas Covid-19

Dalam pada itu, Azizi tidak terlepas untuk sentiasa behubungan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk mengetahu status semasa memandangkan hanya dia seorang sahaja yang positif di dalam rumahnya dan dia bimbang jika dijangkiti ahli keluarga yang lain jika status kesihatannya di tahap yang membimbangkan dan memerlukan dia untuk menjalani tempoh kuarantin di hospital pula.

Namun, doktor telahpun mengesahkan bahawa dia kini bebas Covid-19 setelah melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Cheras pada hari ke -18 dikuarantin.

Susualan berita gembira itu, Azizi turut menyatakan bahawa perancangan majlis akan diteruskan lagi iaitu pada 21 Februari.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen