Selalu mengadu tak sedap badan, suami sebak bila tahu isteri hamil

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang suami sememangnya akan berkerja keras demi selesakan kehidupan isteri dan bakal anak-anaknya. Walaupun terpaksa lakukan lebih dari satu perkerjaan, namun akan terasa puas sekiranya keluarga hidup seperti yang diinginkan.

Malah, suami juga akan berkerja lebih keras lagi apabila mengetahui sekiranya dia bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarganya yang ditunggu-tunggu oleh mereka.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, dia telah berkongsi video ketika mendapat tahu bahawa isterinya hamil selepas melakukan pemeriksaan menggunakan alat ujian kehamilan.



Difahamkan lelaki yang dikenali sebagai Shahrul Amri ini, telah melakukan tiga kerja dalam satu hari terlihat sebak dan memeluk isterinya apabila mengetahui akan berita gembira tersebut.


Di video yang lain pula, Amri berkongsi moment dia membawa isterinya ke klinik bagi mendapatkan kepastian berkenaan kehamilan tersebut.



Sehubungan dengan itu, warganet turut mengakui sebak akan video tersebut selain turut mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan hingga proses kelahiran nanti.

Dalam pada itu, warganet juga berharap mereka dapat merasai pengalaman yang sama suatu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen