Temui kesan simbahan petrol, 7 kereta terbakar dipercayai angkara khianat

Oleh: Zuzu Yasmine

Dipercayai angkara khianat, tujuh kenderaan terbakar di parkir sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam, semalam.



Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni, pihaknya menerima maklumat berhubung kes itu pada jam 12.45 tengah hari.

“Kita telah pergi ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak tujuh kenderaan pelbagai jenama telah terbakar.

"Pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menjumpai satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah yang disyaki menjadi punca letusan kebakaran," katanya.

Katanya, sebanyak lima spesimen di tempat kebakaran telah diambil dan dibawa ke makmal untuk dibawa ke makmal bagi menganalisa punca sebenar kebakaran.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen