Didapati langgar kontrak, Hot FM tamatkan perkhidmatan Shuk Sahar hari ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara kemelut rumah tangga yang dikatakan berlaku curang, kontrak perkhidmatan penyampai radio slot Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk Sahar telah pun ditamatkan bermula hari ini.


Difahamkan, siasatan dalaman pihak pengurusan stesen itu mendapati Shuk Sahar bersalah kerana telah melanggar kontrak yang ditetapkan.



Menerusi laporan mStar Online, Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, berkata keputusan itu dicapai selepas siasatan dalaman syarikat mendapati bahawa Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini.

“Selepas siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM,” jelasnya.

Menurut Anida, pelawak dan juga pengacara berusia 35 tahun itu juga telah dimaklumkan akan mengenai hal ini.



Sebelum ini, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci berhubungan kemelut yang melanda rumah tangganya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen