"Tiada lagi satu meja dua orang mulai esok" - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Dalam sidang media bersama Menteri Kanan(Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, dalam kenyataannya ada memaklumkan bahawa tidak ada lagi peraturan makan semeja dua orang di kedai makan sebaliknya dibenarkan mengikut kesusaian saiz meja di semua negeri.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihati agar sentiasa patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) dengan sentiasa menjaga penjarakan sosial di tempat awam .

Pelaksanaan di semua negeri

Tambahnya lagi, perkara itu akan mula dikuatkuasakan di semua negeri termasuklah negeri yang masih berada di dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Mesyuarat bersetuju semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP dibenarkan 'dine in' dengan kebenaran makan berdasarkan keluasan meja dan adanya penjarakan fizikal satu meter."
-Datuk Seri Ismail Sabri-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen