Hairan lihat kereta bahagian belakang mendap, wanita kantoi sorok anak tiri dalam bonet

Dalam sidang media baru-baru ini telahpun diumumkan bahawa aktiviti merentas daerah dan negeri masih lagi tidak dibenarkan terutamanya bagi negeri yang masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus penetapan bahawasannya hanya dua orang sahaja dalam satu kereta.

Namun, ternyata masih ada yang sengaja ingkar dengan pematuhan tersebut seperti yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila perbuatan menyembunyikan anaknya di bonet kereta dikesan oleh pihak polis ketika melalui sekatan jalan raya.

Mencurigai sesuatu

Kejadian yang berlaku di Butterworth itu melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun yang dikatakan ingin ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian.

Walaupun pada ketika itu hanya kelihatan seorang remaha lelaki di sebelah tempat penumpang tetapi anggota polis mulai curiga seperti ada yang cuba disembunyikan oleh wanita terbabit lalu disuruh untuk mengalihkan kenderaan ke bahu jalan untuk pemeriksaan kerana terlihat berlaku pemendapan pada bahagian belakang kereta.

"Hasil pemeriksaan mendapati ada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga anak tiri wanita itu dalam but kereta berkenaan."

-Asisten Komisioner Shafee-

Kompaun RM1,000

Susulan kejadian tersebut, wanita terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mengemukakan permit pergerakan merentas daerah dan diarahkan berpatah balik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen