JPJ kini memperbaharui sistem, surat saman terus sampai ke rumah jika didapati lakukan kesalahan lalu lintas

Jangan pelik jika selepas ini surat saman terus sampai ke alamat rumah anda semua kerana Jabatan Pengangkutan Jalan Raya(JPJ) telah membuat pembaharuan dalam mengenalpasti pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Hal itu dipastikan lagi dengan kiriman video yang telah dimuat naik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai 'JalalMisai_2' yang memaparkan seorang peronda sedang membuat rondaan dengan manyarung helmet yang sudah terpasang kamera di mana segala sistem yang diterima melalui kamera tersebut akan terus masuk ke dalam sistem.

Menerusi perkongsiannya dengan kapsyen yang digunakan amat jelas peringatannya buat pengguna jalan raya yang lain agar sentiasa berhati-hati selepas ini.

Surat saman terus sampai rumah

Susulan pembaharuan itu, rakaman yang telah dirakam akan terus masuk ke dalam sistem dan surat saman akan terus dihantar ke rumah.

Difahamkan, kaedah tersebut bukan sahaja dapat mengesan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya lain bahkan juga penguatkuasa JPJ akan lebih cekap dan telus dalam menjalankan tugas kerana semuanya telah tersedia rakam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen