Terkurung selama 68 tahun, banduan tertua di penjara kagum lihat bangunan tinggi

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki di Pennsylvania, Amerika Syarikat yang sebelum ini dihukum sepanjang hayat atas kesalahan kerana terlibat dalam kes rompakan sehingga meragut dua nyawa pada tahun 1953 yang ketika itu baru berusia 15 tahun.



Difahamkan, lelaki bernama Joseph Ligon itu telah menghabiskan masa selama 68 tahun terkurung di sebalik tirai besi sekali gus menjadikan dirinya antara banduan yang tertua berada di penjara Pheonix.



Menurut laporan The Sun pula, pada 2016, Mahkamah Agung AS bersetuju untuk mengurangkan hukuman kepada 35 tahun sahaja berbanding hukuman sepanjang hayat untuk pesalah muda kerana disifatkan agak kejam.




Bagaimanapun, Ligon menolak untuk dibebaskan dengan syarat parol kerana mahu dibebaskan dengan erti kata sebenar tanpa perlu menjalani pengawasan lanjut.



Setelah hampir tujuh dekad berada di dalam penjara sebagai pesalah juvana, Ligon akhirnya dibebaskan pada usia 83 tahun dan sangat teruja apabila dapat melihat dan menikmati kembali dunia luar.

“Saya memandang bangunan tinggi. Ini semua baru dan saya tak pernah lihat sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun sebelum dibebaskan, dia telah melakukan latihan peralihan untuk memudahkan dirinya menjalani kehidupan selepas dibebaskan supaya tidak berasa kekok.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen