"Dia lelaki pertama berani beritahu ibu...” - Syanie sah bergelar isteri perunding kewangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas setahun berkenalan, pelakon dan pelawak Syanie Hisham selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan Zahiril Hafiz Mohammed Nor di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pagi tadi.



Menerusi laporan BH Online, majlis ringkas dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang pengantin lelaki.



Tiada wang hantaran disediakan. Sebaliknya, mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Syanie hanya menyarungkan cincin ke jari manis suami sebagai tanda temeterai ikatan.

“Alhamdulillah, majlis berlangsung sempurna seadanya,” katanya.

Menurut pelakon berusia 47 tahun itu, dia dan suami yang merupakan seorang perunding kewangan sebelum ini merancang untuk menganjurkan majlis resepsi pada Ahad ini, namun terpaksa ditunda.



Pernah berdepan kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali, Syanie mengakui bahawa bukan mudah untuk membuka hatinya menerima lamaran lelaki berusia 41 tahun itu.

“Namun, kejujuran dan keikhlasan Zahiril membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Jika diikutkan, Zahiril mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya mencari pengganti.

“Pengajaran lalu mematangkan saya. Namun, sejak setahun lalu, dia bersungguh-sungguh mahu ‘memancing’ saya.

“Sikap budiman Zahiril menjadi antara sebab hati saya tersentuh. Dia lelaki pertama berani beritahu ibu dia mahu berkahwin dengan saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Syanie pernah berkahwin pada 1996 dan bercerai pada 2002. Manakala perkahwinan kedua pula pada 2014, namun berpisah dua tahun kemudian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen