Sekolah bakal dibuka bermula 1 Mac untuk Pra-sekolah & Tahun 1

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah beberapa bulan sekolah ditutup bagi mengawal penularan wabak Covid-19, hari ini Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan 2021 akan bermula pada 1 Mac depan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin secara siaran langsung.



Menurut Mohd Radzi, murid pra-sekolah, tahun satu dan dua akan hadir ke sekolah pada 1 Mac nanti manakala murid tahun 3 hingga 6 akan ke sekolah mulai 8 Mac.



Sehubungan dengan itu, beliau turut mengatakan sekolah rendah dan menengah swasta dibuka mengikut tarikh sekolah kerajaan.



Katanya, sekolah antarabangsa, insitusi pendidikan swasta kategori pusat dan pusat tuisyen dibuka mulai 8 Mac 2021.

Manakala bagi pelajar sekolah menengah pula akan mengikut kumpulan negeri masing-masing iaitu Kumpulan A yang akan mula bersekolah pada 4 April manakala Kumpulan 5 bermula 5 April.



Mohd Radzi juga mengingatkan sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM disarankan untuk ikuti tarikh dan SOP yang ditetapkan oleh KPM.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen