Akui kesilapan perlekeh guru, penyampai radio tampil mohon maaf & digantung kerja

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam tular akan seorang penyampai radioa yang dikatakan sengaja ketawa apabila melihat video cara pertuturan Bahasa Inggeris seorang guru yang mengajar di DidikTV.



Selepas menerima pelbagai kecaman dari wargnet, penyampai radio tersebut Muhammad Yusuf Shukri tampil membuat pemohonan maad dengan tindakan yang tidak wajar tersebut di akuan Instagram miliknya.



Berdasarkan video berdurasi dua minit 35 saat itu, dia mengakui kesilapan yang dilakukan serta memohon maaf kepada guru berkenaan.

“Saya dengan ikhlas hati memohan maaf kepada guru yang terlibat dalam video di akaun TikTok itu.

“Saya baru tahu bahawa guru-guru mengajar di hadapan kamera secara sukarela hanya untuk membantu generasi muda sekarang. Jadi saya rasa perbuatan mengelakan guru tersebut sangat tidak patut dan keterluan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yusuf juga berharap sesiapa yang mengenali guru tersebut boleh membantunya untuk menghubungi dan memohon maaf secara perbadi kepada guru dan juga ahli keluarganya.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Hitz FM Sarawak kini dikatakan sedang menjalankan siasatan dan penyampai radio tersebut digantung tugas buat sementara waktu.

Sebelum ini, Yusuf memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok dengan memaparkan dirinya ketawa selepas mendengar sebutan guru terbabit sebelum tular di laman Twitter sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen