Setahun lebih 'berperang' pendemik, akhirnya vaksin Covid-19 tiba di bumi Malaysia

Oleh: Bella Bahrin

Pandemik Covid-19 yang telah setahun lebih menghuni Malaysia, akhirnya berakhir dengan harapan apabila vaksin Covid-19 telah selamat tiba di bumi Malaysia. 

Pada jam 10 pagi hari ini, kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn Bhd (MASKargo).

Vaksin Covid-19 tiba di Malaysia

Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi laporan Harian Metro sebentar tadi. Vaksin dari kilang Pfizer di Belgium itu telah berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Halle sebelum bergerak ke Singapura untuk edaran ke negara lain termasuk Malaysia.

Alhamdulillah

Menerusi muat naik status Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noorhisham juga turut memaklumkan ketibaan vaksin tersebut yang telah dinantikan oleh rakyat Malaysia. 

Turut disaksikan Menteri Sains & Inovatif, Khairy Jamaluddin

 Menunggu ketibaan pesawat

Ketibaan vaksin tersebut seterusnya dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang pernah dilakukan di negara ini dan ia akan dilancarkan pada 26 Februari ini. 

Malaysia negara terawal terima vaksin di Asia Tenggara selepas Singapura

Malaysia antara negara terawal di Asia Tenggara selepas Singapura yang akan menggunakan vaksin berkenaan bagi membentuk imuniti terhadap jangkitan virus Covid-19.

Mengikut perancangan, fasa pertama pada 26 Februari ini, penerimanya adalah petugas barisan hadapan iaitu anggota KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lain- lain yang ditetapkan kerajaan.

Sebanyak 600 lokasi vaksinasi seluruh negara ditetapkan dengan tujuh vaksinator (petugas menyuntik vaksin) akan disediakan di setiap lokaliti atau kawasan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen