'Awak takkan fail!' - Aura positif cikgu addmath dalam TV curi perhatian

Selepas pengumuman penutupan intitusi pendidikan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri, pelajar-pelajar juga antara kumpulan yang perlu meneruskan proses pembelajaran mereka secara atas talian (online).

Justeru itu, wujudnya siaran Didik TV di kaca televisyen yang bertujuan untuk membantu golongan yang mengalami kesukaran untuk memperoleh bahan belajar di rumah.

Bagaimapun, mata pelajaran yang dianggap terpaling susah dalam kalangan pelajar juga tidak terkecuali daripada senarai mata pelajaran yang terdapat di dalam program tersebut iaitu AddMath.

Meskipun proses pengajaran tidak dilakukan secara dua muka namun cara guru mata pelajaran Addmath ini mengajar telah mencuri tumpuan orang ramai.

 

 

"Ada mana-mana retis sendu takdak job nak offer ganti ajar Addmath dekat Didik TV tak? Kalau berangan nak juga, bolehlah try lawan cikgu ni dulu."

 

Itulah kapsyen yang ditulis oleh pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama 'IniAlannn' apabila video yang dimuat naik olehnya menerima lebih daripada 8 ribu ulang kicau dan 12 ribu kesukaan.

Meninjau di ruangan komen rata-ratanya turut terkena tempias aura positif yang ditunjukkan oleh guru tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Rohani dan sekaligus membuatkan mereka seperti ingin belajar semula subjek tersebut walaupun sudah meninggalkan zaman persekolahan.

 

'Vibe yang sangat positif'

'Cikgu macam ni baru semangat nak belajar'

'Rasa macam nak ambil SPM balik'

Video itu ternyata bukan sahaja menjadi tumpuan pelajar baru bahkan juga bekas-bekas pelajar yang pernah belajar mata pelajaran tersebut sewaktu di sekolah dahulu.

 

 

'Pengacara pun hebat'

Selain Cikgu Rohani, pengacara program tersebut iaitu Wanie Kyrie juga mendapat perhatian apabila dia kelihatan tenang menjawab soalan guru tersebut secara berseloroh.

 

Meskipun proses pengajaran dan pembelajaran tidak dilakukan secara dua muka, namun ianya masih boleh diteruskan dengan cara secara atas talian ataupun melalui program insentif kerajaan melalui rancangan tersebut.

Terima kasih cikgu yang tak pernah putus asa mendidik anak bangsa walaupun dalam keadaan genting ini dan terus memberi semangat buat mereka, para pelajar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen