Geng Instafamous ke Kelantan, warganet persoal cara rentas negeri

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini semua rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKPB dibeberapa kawasan.



Rentas negeri hanya boleh dilakukan sekiranya mempunyai surat rentas negeri dari pihak berkuasa itu pun sekiranya berlaku kecemasan ataupun urusan kerja.

Instafamous boleh rentas negeri

Bagaimanapun, tular sejak semalam akan seorangg pengguna Twitter melauhkan keanehan apabila sekumpulan instafamous telah pun menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka yang berada di Kelantan.



Bagai mengukukuhkan lagi, beberapa tangkapan skrin juga dimuat naik yang memaparkan influencer tersebut bergambar dengan pengantin yang membuatkan dakwaan tersebut adalah benar.




Warganet tertanya-tanya macam mana lepas

Disebabkan itu, warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila influencer tersebut dengan mudah boleh melakukan aktiviti merentas negeri.

Malah, warganet turut mengaitkan perkara itu dengan insiden beberapa minggu lepas dimana terdapat individu yang idak dapat menziarahi rakannya yang meninggal dunia hanya kerana kekangan merentas negeri ketika itu.



Tak ada penjelasan mana-mana pihak

Justeru itu, warganet juga turut tertanya-tanya bagaimana mereka semua boleh begitu mudah merentas negeri untuk menghadiri perkahwinan rakan di Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur sedangkan ramai yang tidak dapat pulang ke kampung.

Siap beli barang kemas

Buat surat atas nama company

Tak patuhi SOP


Sehubungan dengan itu, masih belum ada penjelasan daripada mana-mana influencer tersebut malah Instagram mereka juga dibanjiri dengan komen daripada warganet yang mempersoalkan kebenaran tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen