Diam je dekat ruang tamu, tak sangka member layan drama sampai nangis tersedu

Lelaki atau perempuan, masing-masing miliki hati yang lembut walaupun perwatakannya terlihat tegas dan garang.

Baru-baru ini telah tular di laman Twitter video yang memaparkan seorang lelaki yang sedang bersendirian di ruang tamu menonton video di telefon bimbitnya.

 

"Badan besar pun menangis"

Namun apa yang tidak disangkakan adalah apabila melihat individu terbabit sedang tersedu-sedu menahan sebak di dada sambil matanya masih tertumpu pada skrin sehingga tidak menyedari kejadian tersebut telah dirakam oleh rakan yang lain.

Itulah hakikat sebenarnya yang membuktikan bahawa segarang-garang lelaki mereka pastinya miliki hati yang lembut untuk ditawan.

Selain meraih perhatian orang ramai dengan memperoleh sebanyak lebih 10,000 ulang kicau, perkongsian tersebut turut dibanjiri dengan pelbagai komen yang rata-ratanya kelihatan pernah mengalami momen yang sama.

 

'Ya Allah, jangan macam ni sis'

 

 

'Kawan dari neraka'

'Sebab tu aku suka tengok sorang'

'Dalam hati ada taman'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen