Lepas ditegur Ustazah Asma' Harun, group 'Riak' tukar kepada Ria* Apa Hari Ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedang hangat diperkatakan mengenai laman Facebook Raik Apa Hari Ini yang dikatakan begitu mencuit hati semua pengikutnya.

Untuk makluman, group Facebook tersebut vbaru sahaja ditubuhkan dan sudah mendapat 137,800 orang ahli.

Mohon tutup atau tukar

Baru-baru ini, Ustazah Asma’ Harun telah memuat naik satu posting yang menegur admin group tersebut menukar nama atau memadam akaun tersebut di laman Facebook beliau.

Boleh ‘left’ kalau takut dosa

Bagaimanapun, perkara itu dapat maklum balas daripada admin group berkenaan yang tampil membidas malah menyarakan kepada pengikutnya, agar keluar daripada group berkenaan sekiranya takut akan dosa.

Malah, admin group tersebut juga berkeras untuk mengekalkan nama kelab tersebut.

“Terima kasih yang update tarbiah daripada ustazah. Selepas berbincang kami akan kekalkan nama group. Cuma, pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini boleh la left.

“Kami tak paksa ya. Pada yang tak boleh duduk diam nanti kena jilat api neraka boleh left ya,” balasnya.

Tak ada niat nak perlekeh

Selain itu, tampil lagi seorang admin group tersebut yang menjelaskan bahawa tujuan group tersebut ditubuhkan adalah hanya sekadar bergurau dan bukan tujuan untuk riak.

“Kami para admin terima nasihat, niat kami hanya berkongsi untuk suka-suka. Tak ada niat langsung nak perlekeh golongan miskin atau sederhana...” jelasnya.

Susulan daripada itu, Facebook Riak Apa Hari Ini telah menukar nama kepada Ria* Apa Hari Ini serta masih bergiat aktif daripada posting-posting daripada ahli kumpulan tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen