"Biar polis buat siasatan kalau betul kami salah..." - Geng 'Instafamous' tampil bersuara isu rentas negeri

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi dijalankan di sebahagian negeri malah aktiviti rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan.

Terpalit dalam kontroversi, satu geng infuencer dikatakan telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu melakukan rentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan terdekat.

Tampil jelaskan keadaan

Selepas mendapat kecaman daripada netizen, salah seorang instafamous yang turut terpalit akan kontroversi tersebut tampil bersuara selepas tindakan mereka semua sudah mendapat perhatian pihak berkuasa.

Menerusi Instastory yang dikongsikan, Ammar berharap orang ramai tidak terus menerus mengecam tindakan mereka kerana kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis.

“Korang merangkak la cari kita orang dekat padang masyar nanti. Kes ini masih dalam siasatan polis. Kami semua dah bagi keterangan dekat pihak polis.”

“Biar polis buat siasatan kalau betul kami salah. Kami semua akan minta maaf. Orang tu baru kahwin korang dah buat perangai ayah pin!,” jelasnya.

Sahkan individu langgar SOP

Sehubungan dengan itu, menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan masih sedang mengesan beberapa individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kota Bharu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen