Dua bulan bergelar isteri, Ayda Jebat dipercayai sedang hamil?

Oleh: Zuzu Yasmine

Terlihat penuh dengan kemanisan, siapa yang tidak kenal dengan pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang telah melangsungkan pernikahan mereka awal Januari lalu.

Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti ini dikatakan mempunyai khabar gembira buat semua peminatnya. 

Tahniah! Ayda Jebat

Menerusi laporan mStar Online, Ayda dikatakan sudah hamil selepas pelakon serta penyanyi itu menemui pakar perbidanan dan sakit puan, di Pusat Pusat Perubatan Prince Court untuntuk melakukan pemeriksaan.

Namun, menurut sumber yang dipercayai mengesahkan perkhabaran yang mendakwa Ayda sudah hamil namun usia kandungan masih belum dijelaskan.

Belum bersedia nak kongsi

Sehubungan itu, perkara tersebut masih belum disahkan oleh pasangan selebriti berkenaan apabila mereka tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar oleh pihak mStar.

Sumber terbabit juga memaklumkan bahawa bahawa pasangan itu masih belum sedia untuk berkongsi berita tersebut kepada para peminat dek kerana usia kandungan yang masih baharu.

Pernah luahkan rasa syukur

Menjengah ke laman Twitter pelantun lagu ‘Parah’, Ayda pernah memuat naik ciapan meluahkan rasa syukur.

Bagaimanapun, Ayda tidak memberi sebarang penjelasan tentang perkongsiannya berkenaan, capaian tersebut menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata menyangka dirinya kini sedang hamil dan bakal bergelar ibu.

Terdahulu, Ayda bertunang dengan pengacara dan pelakon, Nabil Mahir pada April tahun lalu sebelum selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen