Hadiahkan isteri kereta Ford Mustang, pasangan 18 tahun kongsi kisah beli kereta secara 'cash'

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki kalau betul-betul dah sayang tentunya akan lakukan pelbagai cara untuk membahagiakan kekasih hatinya itu. Lebih-lebih lagi jika sudah tahu bahawa dia itulah jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini.

Malah, rahsia untuk membuat seorang wanita bahagia tentunya dengan kejutan dan hadiah yang tidak pernah di sangka-sangka, seperti yang berlaku kepada wanita ini.

Tular hadiahkan isteri kereta import

Sebelum ini, pasangan berusia 18 tahun ini pernah tular disebabkan menghadiahkan isterinya sebuah kereta jenis jenis Ford Mustang pada hari persandingan mereka. Perkara tersebut telah mendapat perhatian warganet yang menimbulkan rasa tertanya-tanya.

Bagi tidak mengeruhkan keadaan, pasangan ini berkongsi kisah disebalik kejutan yang tidak disangka-sangkakan itu.

Dibeli secara tunai oleh suami

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Ayunieso menyatakan bahawa kereta yang dibeli suaminya adalah secara ‘cash’ hasil daripada titik peluh bergelar sebagai usahawan produk.

Berdasarkan video yang dikongsikan, memaparkan detik-detik ketika suaminya mengajak untuk melihat dan ‘test-drive’ kereta tersebut.

Tanpa disangka, keesokan harinya suaminya pergi sendiri membayar kereta tersebut secara tunai tanpa pengetahuan isteri sebelum membuat kejutan di hari bahagia mereka.

Jangan takut kahwin muda

Ayuni juga menyatakan bahawa jangan takut untuk berkahwin pada usia muda kerana rezeki akan menyusul selepas itu.

"Jangan takut kawin pada usia muda, insyallah rezeki ALLAH da tetapkan untuk kita,” katanya.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet turut sebak melihat keikhlasan lelaki berkenaan malah gembira akan kebahagiaan pasangan ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen