Sebak, calon SPM 2020 terima khabar 'pemergian' bapa ketika jawab 'exam'

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini, pihak kerajaan telah menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajarab Malaysia (SPM) tahun lalu kepada tahun ini.

Difahamkan ketika ini, calon-calon SPM 2020 telah menjalani peperiksaan tersebut bermula Isnin lalu dengan norma baharu yang telah ditetapkan.

Terima berita sedih bapa ‘pergi’

Bagaimanapun, disaat semua orang berdebar dan fokus mengulang kaji pelajaran dengan sebaik mungkin, seorang calon SPM 2020 ini tidak bernasib baik apabila telah kehilangan ayahnya.

Menerusi perkongsian seorang pengguna laman Facebook, Badariah Mohd Mohaidin yang dipercayai merupakan guru pelajar lelaki tersebut meminta doa ramai agar anak muridnya itu diberikan kekuatan.

Harap terus kuat jawab ‘exam’

Menurut Badariah, pelajar lelaki bernama Muhammad Haikal Iskandar itu telah menerima khabar pemergian bapanya hari ini, di samping berharap Haikal terus kuat untuk menjawab peperiksaan SPM.

Dalam pada itu juga, Badariah berharap semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman dan beramal soleh.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati akan nasib pelajar tersebut malah turut menitip doa buat bapanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen