Berjuang sampai berjaya, ibu tunggal tak sangka jumpa jodoh lelaki 9 tahun lebih muda

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan, walaupun penah berdepan dengan detik luka tapi itu tidak bermakna tiada bahagia buat diri.

Pertemuan jodoh setiap orang berlainan, walaupun tempoh perkenalan yang singkat tapi jika sudah nampak keikhlasannya tentu sahaja akan diterima dengan hati terbuka.

Tidak menolak takdir, seorang ibu tunggal berkongsi kisah akan rumah tangga yang baru saja dibina bersama suami yang jauh lebih muda.

Suami 28, isteri 37 tahun

Menerusi video dimuat naik di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Mawar Tajudin ini berkongsi sedikit tentang perkahwinannya bersama suami yang lebih muda 9 tahun darinya.

Mawar yang merupakan ibu tunggal berusia 37 tahun mengatakan bahawa awal perkenalan mereka kerap bergaduh tanpa henti.

Sebak akan penerimaan keluarga mertua

Bagaimanapun, ibu tunggal anak satu ini tidak menyangka penerimaan keluarga mertuanya membuatnya terharu dan berjaya membuktikan perjuangan mereka.

"Pahit di awal perkenalan kami, bergaduh tanpa henti. Aku ibu tunggal anak satu, aku 37 dan dia 28 tahun. Akhirnya penerimaan keluarga dia buat aku betul-betul terharu. Perjuangan kami berjaya, ni baru betul cinta selepas kahwin," katanya.

“InsyaAllah until Jannah...”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa bahagia akan rumah tangga pasangan ini malah turut mendoakan agar hubungannya dengan suami akan berkekalan selamanya.

Bahkan warganet turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan Mawar dan juga suaminya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen