"Allah maha hebat."- Nabil Ahmad dan isteri kongsi detik penghijrahan dalami ilmu agama

Mandambakan pengakhiran hidup yang baik adalah impian setiap manusia di atas muka bumi ini meskipun kita berlainan kepercayaan dan agama. 

Tidak kira siapapun diri dan status kita, di atas muka bumi ini kita adalah hambanya dan tugas kita pula adalah melakukan kebaikan seperti yang diajarkan oleh Allah serta rasullullah dan meninggalkan segala larangannya.

Terjaga dari mimipi, itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh pengarah terkenal Nabil Ahmad apabila dia dan isterinya memilih untuk mendalami lebih lagi tentang ilmu agama.

Kisah penghijrahan mereka tidak siapa tahu sehinggalah dia berkongsi kisah yang sebenarnya di sebalik penghijrahan tersebut di 'Facebook LIVE' bersama dengan Profesor Muhaya.

 

"Allah bagi nikmat terjaga dari mimpi, dari situ saya mulai sedar bahawa dunia ini sebenarnya hanya sementara je, macam Prof Muhaya kata anggaplah masa untuk kita ni hidup ada dua minit setengah je."

Melihat perubahan itu, secara sedar atau tidak mungkin kita dapat lihat isterinya juga turut serta mengubah cara pemakaiannya apabila secara perlahan-lahan dia cuba tampil memakai tudung.

Akui pernah alami masalah keluarga

Dalam perkongsian itu juga, Nabil dan isterinya iaitu Zira Ayub menyatakan bahawa rumah tangga mereka sering saja mengalami masalah seperti berlakunya salah faham serta merasakan seperti ada sahaja benda yang kurang dan masalah itu berlanjutan berlaku.

Doa, apa yang dia boleh lakukan ketika itu hanyalah berdoa agar Allah berikannya jalan untuk keluar daripada masalah yang mereka hadapi sehingga lah Nabil membuat keputusan untuk keluar dari rumah selama 3 hari.

"Mula-mula saya rasa marah bila dia bagitahu nak keluar rumah sebab masalah tak settle lagi, tapi selama 3 hari tu saya rasa macam rindu dan lepas 3 hari tu dia balik rumah saya nampak macam ada sesuatu yang lain pada diri dia."
-Zira Ayub-

Pertama kali menangis dengar khutbah

Memasuki usia 38 tahun, pengacara TV rancangan Meletop itu tak kekok berkongsi perjalanan kehidupannya dahulu bilamana dia merasakan perubahan yang berlaku ke atas dirinya jelas sekali berbeza dan paling ketara adalah sewaktu mendengar khutbah jumaat apabila rasa sebak itu sehingga mengalirkan air mata.

"Sepanjang 38 tahun hidup, first time rasa sebak dengar khutbah jumaat."

-Nabil Ahmad-

Namanya disebalik status selebriti

Meskipun keputusan Nabil dan isterinya melakukan penghijrahan ini masih baru tetapi tidak sedikitpun dia merasakan itu halangan untuk dia masih berdiri sebagai seorang selebriti.

Menurutnya lagi, dia merasakan status selebriti yang dia miliki hari ini adalah kemungkinan Allah ingin tunjukkan bahawa dia mampu menjadi contoh yang terbaik untuk peminat-peminatnya yang lain.

"Kalau inilah asbab yang Allah nak tunjukkan kenapa aku dalam dunia hiburan ni supaya orang boleh kenal nabi, sayang nabi, kenal Allah melalui aku, aku memang nak jadi da'i mu ya allah."

-Nabil Ahmad-

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen