"Kalau boleh kali ni nak 'baby girl'."- Issey kongsi berita gembira isteri hamil 4 bulan

Berkongsi kisah kegembiraannya, penyampai radio suria fm yang dikenali iaitu Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin telah memuat naik video yang mengkhabarkan bahawa kini isterinya hamil dan usia kandungan telah berusia 4 bulan.

Perkongsian khabar gembira itu telah dimuat naik sendiri oleh Issey di Channel Youtube miliknya yang mana pengumuman tersebut bukan sahaja ingin memaklumkan kepada peminat-peminat bahkan juga dibuat untuk memberitahu anak-anaknya yang lain.

Ambil keputusan untuk rahsiakan

Susulan khabar gembira itu, Issey akui bahawa dia dan isteri iaitu Aimi Jamel mengambil keputusan untuk merahsiakan dulu berita itu kerana ketika itu usia kandungan masih berada di fasa permulaan.

"Memang kami ambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul-betul kuat baharu kami sedia nak maklum."
-Issey-

Teruja tak dapat digambarkan

Sebagai seorang suami dan bakal ayah, memang tidak dapat dinafikan lagi perasaan apabila mengetahui isterinya mengandung begitu jugalah yang dirasai oleh Issey ketika mendapat tahu tentang kehamilan isterinya.

"Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami."

-Issey-

Tambahnya lagi, meskipun itu anak keempat isterinya tetapi Aimi tetap meluahkan rasa terujanya kerana itu merupakan anak pertama mereka.

Harap dapat anak perempuan

Di samping itu, Issey ada menyatakan bahawa dia ingin sekali memiliki anak perempuan supaya Humairah (anak hasil perkahwinan pertama isteri Issey) ada kawan untuk bermain bersama memandangkan kini dia hanya memiliki 2 abang.

Persiapan bersalin

Berkenaan dengan persiapan selepas bersalin pula, Issey turut berkongsi perancangannya bahawa dia ingin isterinya bersalin di Kelantan sekaligus habiskan pantang di sana.

Walau bagaimanapun, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membuatkan perancangannya itu terpaksa dibatalkan dan lebih memilih agar Aimi bersalin di Kuala Lumpur sahaja.

Berkenaan urusan penjagaan Aimi pula, kemungkinan keluarga mentuanya yang akan ke Kuala Lumpur dan menjaga isterinya berpantang di rumah mereka.

"In shaa Allah, mungkin mak mentua saya akan datang duduk dengan kami di sini untuk jaga Aimi masa pantang nanti."

-Issey-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen