Tumpang kasih pada anak rakan, isteri luah rasa sedih belum mampu beri suami zuriat

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan suami isteri tentu mempunyai keinginan untuk memiliki anak sendiri. Lebih-lebih lagi anak ini bukan sahaja dikatakan sebagai penyeri rumah tangga tetapi juga pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

Bagaimanapun, tidak semua orang berpeluang menjadi ibu dan bapa mengikut waktu yang diinginkan, boleh jadi kena berusaha macam-macam dulu barulah diberi peluang untuk menjaga amanah tersebut.

Sama juga seperti wanita ini apabila berkongsi rasa hatinya yang sedih melihat suaminya bermain bersama anak-anak rakannya.

Kahwin paling awal tapi belum jadi ibu ayah

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Nurul Atikah berkongsi detik ketika suaminya mendukung anak rakannya dari jauh.

Menurut Atikah, dia dan suami antara pasangan yang terawal mendirikan rumah tangga namun, dua rakan baik suaminya kini telah bergelar bapa.

Sedih lihat suami tumpang kasih anak rakan

Atikah juga meluahkan rasa sedih apabila melihat suami hanya dapat menumpang kasih kepada anak-anak rakannya malah, dari jauh dapat dilihat riak wajah bahagia daripada lelaki berkenaan.

Moga ada rezeki

Walau bagaimanapun, Atikah juga berharap agar suatu hari nanti dia dan suami juga akan diberikan peluang untuk mendukung anak kandung mereka sendiri.

“InsyaAllah satu hari nanti...”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat buat wanita ini malah turut berkongsi nasib yang sama dengannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen